
JOM KENALI HRC‼️

Heavy Runnerr Community (HRC) diasaskan oleh Bob Irwan pada 7 Ogos 2024, bermula daripada usaha peribadinya untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan melalui sukan larian. Pada mulanya, beliau berlari seorang diri dan mula mengajak rakan-rakan terdekat untuk turut serta. Melalui perkongsian video di media sosial, tidak sangka ramai yang berminat dan ingin menyertai larian bersama. Dari hanya 3 ke 4 orang pada mulanya, komuniti ini berkembang pesat dan dalam tempoh 10 bulan ini, keahlian sudah mencecah 460 orang, dan hampir 100 "HRC Buddies" yang aktif secara konsisten mengikuti aktiviti komuniti.

Sebelum mula HRC
Kini, HRC telah menjadi salah satu komuniti larian yang menjadi tumpuan orang ramai.Dengan berbekal serba sedikit pengalaman yang beliau ada, beliau cuba menjadikan HRC lain dari komuniti larian yang lain. Menekankan slogan kata "SLOWLY BUT SURELY" memberi makna yang sangat mendalam untuk "HRC Buddies" sendiri. Di sini, "HRC Buddies" bukan sahaja akan menemui cabaran baru dalam dunia larian, tetapi juga rakan-rakan yang akan terus memberi sokongan dan motivasi untuk terus sihat & majukan diri. Dengan sokongan hebat dari "HRC Buddies" sendiri, InsyaAllah HRC akan mampu berkembang dan terus maju dalam dunia sukan larian ini.
#heavyrunnercommunity #strongtogether #keeprunning #slowlybutsurely
-LEBIH BANYAK MEMORI AKAN TERCIPTA BERSAMA HRC BUDDIES-
SLOWLY BUT SURELY




HRC BUKAN SEKADAR COMMUNITY RUNNING TAPI BANYAK AKTIVITI SOSIAL LAIN JUGA!!
KEISTIMEWAAN MENJADI HRC BUDDIES!!
✅Pendaftaran Sekali Seumur Hidup
– Keahlian hanya perlu didaftarkan sekali dan berlaku seumur hidup.
✅JERSI HRC Buddies (Edisi Terhad)
– Keahlian disertakan dengan JERSI KHAS HRC BUDDIES.
✅Merchandise Eksklusif HRC
– HRC Buddies akan menerima barangan eksklusif daripada HRC dan barangan dari sponsor HRC.
✅Akses Terawal & Terkini kepada Info HRC
– Mendapat maklumat dan perkembangan terkini berkaitan acara larian dan info HRC.
✅Diskaun Khas untuk barangan keluaran HRC
– Keahlian dapat membeli barangan HRC dengan diskaun khas.
✅Penyertaan dan HargaIstimewa untuk Pendaftaran Acara Larian
– Ahli berpeluang mendapatkan penyertan dan harga istimewa bagi pendaftaran acara larian anjuran HRC / kerjasama HRC.
✅Peluang Menjadi Affiliate Produk HRC
– Ahli boleh menyertai program affiliate untuk produk HRC dan menjana pendapatan sampingan.
✅Menjadi Sebahagian Tenaga Kerja HRC
– Berpeluang terlibat secara langsung dalam aktiviti dan program anjuran HRC.
✅ROADTOUR KHAS Acara Larian/Sukan HRC
- Berpeluang bersama menyertai roadtour acara larian/sukan yang dianjurkan oleh HRC/kerjasama HRC.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT PENDAFTARAN
"HRC BUDDIES"
KLIK BUTANG DIBAWAH










